Pusat Dakwah Serantau (pds)

Bersama Membina Generasi Da'ie Lapangan Melatih Muallaf Menjadi Pendakwah Berwibawa
Sokong usaha kami melahirkan pendakwah dari kalangan muallaf yang mampu menyebarkan Islam ke seluruh pelosok Malaysia, Sabah, Sarawak dan rantau Asia.

Para Penyumbang yang Prihatin

Pusat Dakwah Serantau (PDS) ditubuhkan oleh Yayasan Amal Malaysia pada tahun 2010 dengan matlamat untuk melatih dan mendidik muallaf menjadi pendakwah lapangan. Pusat ini telah melahirkan 10 batch graduan yang kini berkhidmat di Sabah, Sarawak, dan rantau Asia. Sejak penubuhannya, lebih daripada 3,000 orang telah memeluk Islam melalui usaha dakwah ini.

Formula Al-Quran yang kami gunakan berlandaskan firman Allah dalam Surah At-Tawbah, Ayah 122:

 فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ

“Mengapa tidak keluar sebahagian dari tiap-tiap suku kaum dan puak di antara mereka itu satu kumpulan untuk mempelajari secara mendalam ilmu ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).”

Misi kami adalah untuk melahirkan lebih ramai pendakwah lapangan yang mampu kembali ke komuniti asal mereka dan menyebarkan Islam dengan hikmah dan kebijaksanaan.

Dengan sokongan anda: Lebih ramai muallaf akan mendapat pendidikan yang menyeluruh dalam agama Islam dan dilatih menjadi pendakwah yang mampu menyebarkan Islam di lapangan. Misi dakwah akan terus berkembang, mencapai lebih ramai masyarakat, khususnya di Sabah, Sarawak, dan rantau Asia dan dengan dana yang mencukupi, Pusat Dakwah Serantau akan terus membina infrastruktur yang lebih baik, menyediakan makanan dan kursus pendidikan yang berkualiti untuk para pelajar.

Sokonglah Misi Kami

Kekurangan Pendidikan & Sokongan bagi Muallaf

Ramai muallaf, khususnya di Sabah, Sarawak, dan rantau Asia tidak mempunyai akses kepada pendidikan agama yang formal. Mereka juga sering tidak mendapat bimbingan yang mencukupi untuk menjadi pendakwah yang mampu menyampaikan Islam kepada komuniti mereka. Di samping itu, Pusat Dakwah Serantau memerlukan bantuan kewangan untuk membangunkan infrastruktur, menyediakan makanan harian, dan membiayai kursus pengajian untuk para pelajar muallaf.

Jika masalah ini tidak diselesaikan:
Muallaf akan terus ketinggalan dalam mendalami agama Islam dan hilang potensi untuk menyebarkan dakwah dalam kalangan masyarakat setempat. Usaha dakwah akan terjejas dan masyarakat yang memerlukan bimbingan agama mungkin tidak mendapat akses kepada ilmu yang sepatutnya. Pusat Dakwah Serantau pula akan sentiasa menghadapi kesukaran untuk terus menyediakan pendidikan dan latihan kepada pelajar muallaf.

Kami di Pusat Dakwah Serantau percaya bahawa usaha dakwah memerlukan dukungan yang padu dari semua pihak. Untuk memastikan misi ini terus berkembang, kami memerlukan sokongan anda dalam bentuk sumbangan kewangan. Setiap sen yang anda infaqkan akan digunakan untuk: Menyediakan makanan harian buat para pelajar. Membiayai kursus pengajian mereka. Membangunkan infrastruktur pusat bagi menampung lebih ramai pelajar di masa depan.

أنَّ رسُولَ اللَّهِ ﷺ قَال: مَنْ جهَّزَ غَازِيًا في سبيلِ اللَّهِ فَقَدْ غَزَا، ومنْ خَلَفَ غَازيًا في أَهْلِهِ بخَيْر فَقَدْ غزَا. متفقٌ عليهِ
Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang mempersiapkan seseorang yang berperang di jalan Allah, maka dia dianggap ikut berperang.  ( HR Bukhari dan Muslim)

Kata Prof Dato’ Dr Haron Din, mengambil pengajaran hadis ini adalah bahaa Barang siapa yang mempersiapkan pendakah, sesungguhnya dia juga sedang berdakah menyiapkan  Dengan menyumbang kepada pusat ini, anda membantu membentuk masa depan dakwah yang lebih cerah dan membantu lebih ramai muallaf mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Pelaburan anda dalam projek ini bukan sahaja membawa keberkatan duniawi, tetapi juga menjadi pahala yang berpanjangan di akhirat kelak

Perkembangan dakwah di lapangan kini sedang rancak bergerak hasil usaha para alumni PDS yang bertugas sebagai Dai’e Lapangan jumlah lebih 140 orang daie. Alhamdulillah sudah lebih 2000 orang Pengsilaman semenjak 2010.

 

Pembinaan PUSAT DAKWAH SERANTAU (PDS)

“Siapa yang menyediakan kemudahan kepada seorang Dai'e, bermakna dia juga telah menjadi seorang Dai'e.”

“Allah menganjurkan kita agar menjadi pendakwah. Orang yang sentiasa mengajak manusia kepada Allah akan Sentiasa dilimpahi Rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara kebetulan saya diamanahkan oleh Yayasan amal Malaysia Untuk menjadi pengerusi kepada majlis perundingan PDS (Pusat dakwah serantau yang Pertama), Yang kini beroperasi di Sungai Merab (Bangi Selangor), Amat memerlukan kepada sokongan moral dan material. Bagi membolehkan pusat dakwah ini berfungsi Dengan baiknya dengan jayanya, Dengan berkesannya. Saya merayu kepada semua Umat Islam yang dapat menyertai dan melihat rakaman ini, Untuk turut sama memberi sokongan”

Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz
Mantan Pengerusi Ahi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS)

“ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini.”

Saya dah terlibat dengan Pusat Dakwah Serantau PDS dah lama dah, melatih daie-daie yang datang dari Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri serantau ini, dan Alhamdulillah daie-daie ini dilatih dan dihantar pulang selepas setahun atau setahun setengah, dan mereka balik ke kampung mereka di pendalaman Sabah dan Sarawak. Banyak usaha yang telah mereka gerakkan dan Alhamdulillah mengikut laporan lebih 2000 pengislaman telah mereka lakukan daripada awal sehingga ke hari ini.
Jadi ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini. jadi saya mohon kepada semua ummat islam di negara kita ini, marilah kita sama-sama bantu, sama-sama gerakkan dakwah, kalau kita tak dapat bagimasa bersama Pusat Dakwah Serantau PDS, Bagilah  apa yang kita mampu untuk menggerakkan kerja dakwah mereka. Sumbanglah kepada No Acc yang tertera dibawah. Sekian terima kasih.
 

 

Ustaz Fitri Abdullah
Pengerusi PERKIM Selangor

“Menyumbang untuk kampung halaman yang sebenar.”

“Tiada nikmat yang lebih besar selainnikmat iman, dengan nikmat itu makan kita dapat  beramal. Jadi atas perkara ini tuan-tuan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekelian, ada satu maksud yang cukup besar yang ingin saya berkongsi dengan tuan dan puan sekalian iaitu, ayuh kita sama-sama menyumbang apa juga yang kita ada, bagi memajukan sebuah komplek Islam yang sedang dalam pebangunan di banting selangor yang dijangkakan menelanbelanja 30 juta dan  hari ini untuk peringkat awal bagi pembangunan foundation dan infrastructure yang basic, kita memerlukan lebih kurang 5 juta. jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk kita sama-sama tanam saham akhirat, untuk membina saham akhirat, tempat kampung halaman yang sebenarnya. jadi ayuh kita sama-sama menyumbang kearah pembangunan yang diusahakan oleh PDS, Pusat Dakwah Serantau.”

Dato’ Dr Mazlan Bin Haji Ahmad
Mantan Ketua Penyiasat Bank Negara

SKIM HIBAH DAN WAKAF TANAH PUSAT DAKWAH

Pembangunan Sedang Giat dijalankan. Jadilah Pewaqaf dengan Hanya Menyumbang RM50 bagi setiap kaki persegi

Kenangan Indah Para Pelajar

Alhamdulillah… Walupun segala kekurangan yang dilalui di PDS, Para Daie Pusat Dakwah Serantau terus gigih mendalami ilmu pengetahuan dan berusaha menjalankan Dakwah di lapangan.

Jemput meLawat tapak kompleks pds