Pusat Dakwah Serantau adalah sebuah insitusi pendidikan agama yang satu-satunya mengfokuskan pengajian dalam bentuk Membangunkan Dai’e Pendakwah Lapangan yang terdiri dari kalangan Muallaf-muallaf daripada Sabah, Sarawak dan Rantau Asian.
Pusat Pendidikan peringkat diploma ini telah dibangunkan oleh NGO Dakwah, Kebajikan dan Kemanusian Yayasan Amal Malaysia, diasaskan bagi tujuan memperkukuhkan lagi gerak kerja dakwah di lapangan dengan melahirkan lebih ramai kader dakwah yang mampu bergerak di medan, mereka dari kalangan masyarakat setempat yang terpilih dan akan kembali pulang berkhidmat di tempat masing-masing.
Menggunakan formula Al-Quran karim seperti firman Allah didalam Al-Quran karim yang berbunyi:-
فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ
Mengapa tidak keluar sebahagian dari tiap-tiap suku kaum dan puak di antara mereka itu satu kumpulan untuk mempelajari secara mendalam ilmu ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
-Surah At-Taubah, Ayah 122
“Allah menganjurkan kita agar menjadi pendakwah. Orang yang sentiasa mengajak manusia kepada Allah akan Sentiasa dilimpahi Rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara kebetulan saya diamanahkan oleh Yayasan amal Malaysia Untuk menjadi pengerusi kepada majlis perundingan PDS (Pusat dakwah serantau yang Pertama), Yang kini beroperasi di Sungai Merab (Bangi Selangor), Amat memerlukan kepada sokongan moral dan material. Bagi membolehkan pusat dakwah ini berfungsi Dengan baiknya dengan jayanya, Dengan berkesannya. Saya merayu kepada semua Umat Islam yang dapat menyertai dan melihat rakaman ini, Untuk turut sama memberi sokongan”
Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz
Mantan Pengerusi Ahi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS)
Saya dah terlibat dengan Pusat Dakwah Serantau PDS dah lama dah, melatih daie-daie yang datang dari Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri serantau ini, dan Alhamdulillah daie-daie ini dilatih dan dihantar pulang selepas setahun atau setahun setengah, dan mereka balik ke kampung mereka di pendalaman Sabah dan Sarawak. Banyak usaha yang telah mereka gerakkan dan Alhamdulillah mengikut laporan lebih 2000 pengislaman telah mereka lakukan daripada awal sehingga ke hari ini.
Jadi ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini. jadi saya mohon kepada semua ummat islam di negara kita ini, marilah kita sama-sama bantu, sama-sama gerakkan dakwah, kalau kita tak dapat bagimasa bersama Pusat Dakwah Serantau PDS, Bagilah apa yang kita mampu untuk menggerakkan kerja dakwah mereka. Sumbanglah kepada No Acc yang tertera dibawah. Sekian terima kasih.
Ustaz Fitri Abdullah
Pengerusi PERKIM Selangor
“Tiada nikmat yang lebih besar selainnikmat iman, dengan nikmat itu makan kita dapat beramal. Jadi atas perkara ini tuan-tuan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekelian, ada satu maksud yang cukup besar yang ingin saya berkongsi dengan tuan dan puan sekalian iaitu, ayuh kita sama-sama menyumbang apa juga yang kita ada, bagi memajukan sebuah komplek Islam yang sedang dalam pebangunan di banting selangor yang dijangkakan menelanbelanja 30 juta dan hari ini untuk peringkat awal bagi pembangunan foundation dan infrastructure yang basic, kita memerlukan lebih kurang 5 juta. jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk kita sama-sama tanam saham akhirat, untuk membina saham akhirat, tempat kampung halaman yang sebenarnya. jadi ayuh kita sama-sama menyumbang kearah pembangunan yang diusahakan oleh PDS, Pusat Dakwah Serantau.”
Dato’ Dr Mazlan Bin Haji Ahmad
Mantan Ketua Penyiasat Bank Negara
Alhamdulillah… Walupun segala kekurangan yang dilalui di PDS, Para Daie Pusat Dakwah Serantau terus gigih mendalami ilmu pengetahuan dan berusaha menjalankan Dakwah di lapangan.