Pusat Dakwah Serantau (pds)

Pusat Pendidikan Dai'e Pendakwah Lapangan

selamat datang ke PUSAT DAKWAH SERANTAU (pds)

Pusat Dakwah Serantau, yang terletak di Kampung Labuhan Dagang, Banting, adalah sebuah institusi pendidikan agama yang memfokuskan kepada pengajian khas untuk membimbing muallaf menjadi Da’i Pendakwah Lapangan. Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Yayasan Amal Malaysia, pusat ini telah melahirkan 10 batch graduan yang telah berjaya menyebarkan dakwah di seluruh Malaysia, terutamanya di Sabah, Sarawak, dan rantau Asia.

Para muallaf yang memilih untuk belajar di sini bukan sahaja akan dibimbing dalam ilmu agama, tetapi juga akan dilatih secara praktikal untuk menjadi pendakwah yang bersedia berkhidmat di lapangan. Kami percaya bahawa muallaf mempunyai potensi besar untuk menjadi pendakwah yang berkesan, terutamanya di kalangan komuniti asal mereka. Dengan panduan dan latihan yang betul, mereka dapat kembali kepada masyarakat mereka dan memainkan peranan penting dalam menyebarkan ajaran Islam.

Mengapa Pds

Program Khas untuk Muallaf

Kursus ini dirangka khusus untuk muallaf yang ingin mendalami agama dan menjadi pendakwah lapangan. Ia merangkumi ilmu asas dan lanjutan dalam agama, serta kemahiran praktikal untuk berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Latihan Praktikal di Lapangan

Selepas menyelesaikan program intensif di pusat, para pelajar akan dihantar ke Sabah, Sarawak, dan komuniti rantau Asia untuk menyebarkan dakwah secara langsung. Ini membolehkan mereka mempraktikkan apa yang dipelajari dan berkhidmat kepada masyarakat.

Pembiayaan dan Sokongan

Kami menyediakan bantuan kewangan dan logistik kepada para pelajar yang memerlukan, kerana kami memahami bahawa kebanyakan muallaf memerlukan sokongan tambahan untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Pengiktirafan dan Kejayaan

Sejak 2010, lebih daripada 3,000 orang telah memeluk Islam hasil daripada usaha dakwah yang dijalankan oleh graduan kami. Ini membuktikan kejayaan program ini dan impak positifnya kepada masyarakat.

Visi dan Misi

Visi: Menjadi institusi terunggul yang melahirkan Da’i Pendakwah Lapangan dari kalangan muallaf, dengan fokus kepada Sabah, Sarawak, dan rantau Asia.

Misi: Melatih muallaf untuk menjadi pendakwah berwibawa, mendalami ilmu agama dan kembali ke komuniti asal untuk menyebarkan Islam secara berkesan.

Untuk Para Muallaf Sertai Kami dan Jadilah Da'i Lapangan

Jika anda seorang muallaf yang mencari peluang untuk mendalami agama dan berbakti sebagai pendakwah, Pusat Dakwah Serantau adalah tempat terbaik untuk anda. Kami menawarkan program pendidikan peringkat diploma yang bukan sahaja memfokuskan kepada ilmu agama, tetapi juga latihan praktikal dalam dakwah di lapangan.

Program ini adalah peluang emas untuk anda menjadi sebahagian daripada generasi pendakwah yang membawa perubahan positif kepada komuniti anda. Dengan sokongan yang padu daripada tenaga pengajar kami yang berpengalaman, anda akan dilatih menjadi Da’i yang bersedia untuk menyebarkan Islam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

Sokonglah Misi Kami

Kami di Pusat Dakwah Serantau percaya bahawa usaha dakwah memerlukan dukungan yang padu dari semua pihak. Untuk memastikan misi ini terus berkembang, kami memerlukan sokongan anda dalam bentuk sumbangan kewangan. Setiap sen yang anda infaqkan akan digunakan untuk:

Menyediakan makanan harian buat para pelajar.

Membiayai kursus pengajian mereka.

Membangunkan infrastruktur pusat bagi menampung lebih ramai pelajar di masa depan.

Dengan menyumbang kepada pusat ini, anda membantu membentuk masa depan dakwah yang lebih cerah dan membantu lebih ramai muallaf mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Pelaburan anda dalam projek ini bukan sahaja membawa keberkatan duniawi, tetapi juga menjadi pahala yang berpanjangan di akhirat kelak.

Perkembangan dakwah di lapangan kini sedang rancak bergerak hasil usaha para alumni PDS yang bertugas sebagai Dai’e Lapangan jumlah lebih 140 orang daie. Alhamdulillah sudah lebih 2000 orang Pengsilaman semenjak 2010.

Testimoni Pelajar

“Saya memeluk Islam beberapa tahun lalu, dan Pusat Dakwah Serantau telah membantu saya bukan sahaja memahami agama, tetapi juga memberi saya kekuatan untuk berdakwah kepada keluarga dan masyarakat saya. Alhamdulillah, melalui bimbingan di sini, saya kini seorang pendakwah yang aktif di Sabah.” – Ahmad, Graduan Batch 6.

 

Pembinaan PUSAT DAKAH SERANTAU

“Siapa yang menyediakan kemudahan kepada seorang Dai'e, bermakna dia juga telah menjadi seorang Dai'e.”

“Allah menganjurkan kita agar menjadi pendakwah. Orang yang sentiasa mengajak manusia kepada Allah akan Sentiasa dilimpahi Rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara kebetulan saya diamanahkan oleh Yayasan amal Malaysia Untuk menjadi pengerusi kepada majlis perundingan PDS (Pusat dakwah serantau yang Pertama), Yang kini beroperasi di Sungai Merab (Bangi Selangor), Amat memerlukan kepada sokongan moral dan material. Bagi membolehkan pusat dakwah ini berfungsi Dengan baiknya dengan jayanya, Dengan berkesannya. Saya merayu kepada semua Umat Islam yang dapat menyertai dan melihat rakaman ini, Untuk turut sama memberi sokongan”

Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz
Mantan Pengerusi Ahi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS)

“ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini.”

Saya dah terlibat dengan Pusat Dakwah Serantau PDS dah lama dah, melatih daie-daie yang datang dari Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri serantau ini, dan Alhamdulillah daie-daie ini dilatih dan dihantar pulang selepas setahun atau setahun setengah, dan mereka balik ke kampung mereka di pendalaman Sabah dan Sarawak. Banyak usaha yang telah mereka gerakkan dan Alhamdulillah mengikut laporan lebih 2000 pengislaman telah mereka lakukan daripada awal sehingga ke hari ini.
Jadi ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini. jadi saya mohon kepada semua ummat islam di negara kita ini, marilah kita sama-sama bantu, sama-sama gerakkan dakwah, kalau kita tak dapat bagimasa bersama Pusat Dakwah Serantau PDS, Bagilah  apa yang kita mampu untuk menggerakkan kerja dakwah mereka. Sumbanglah kepada No Acc yang tertera dibawah. Sekian terima kasih.
 

 

Ustaz Fitri Abdullah
Pengerusi PERKIM Selangor

“Menyumbang untuk kampung halaman yang sebenar.”

“Tiada nikmat yang lebih besar selainnikmat iman, dengan nikmat itu makan kita dapat  beramal. Jadi atas perkara ini tuan-tuan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekelian, ada satu maksud yang cukup besar yang ingin saya berkongsi dengan tuan dan puan sekalian iaitu, ayuh kita sama-sama menyumbang apa juga yang kita ada, bagi memajukan sebuah komplek Islam yang sedang dalam pebangunan di banting selangor yang dijangkakan menelanbelanja 30 juta dan  hari ini untuk peringkat awal bagi pembangunan foundation dan infrastructure yang basic, kita memerlukan lebih kurang 5 juta. jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk kita sama-sama tanam saham akhirat, untuk membina saham akhirat, tempat kampung halaman yang sebenarnya. jadi ayuh kita sama-sama menyumbang kearah pembangunan yang diusahakan oleh PDS, Pusat Dakwah Serantau.”

Dato’ Dr Mazlan Bin Haji Ahmad
Mantan Ketua Penyiasat Bank Negara

SKIM HIBAH DAN WAKAF TANAH PUSAT DAKWAH

Pembangunan Sedang Giat dijalankan. Jadilah Pewaqaf dengan Hanya Menyumbang RM50 bagi setiap kaki persegi

Kenangan Indah Para Pelajar

Alhamdulillah… Walupun segala kekurangan yang dilalui di PDS, Para Daie Pusat Dakwah Serantau terus gigih mendalami ilmu pengetahuan dan berusaha menjalankan Dakwah di lapangan.

Jemput meLawat tapak kompleks pds