Homepage

Pusat Dakwah Serantau

Pusat Pendidikan Dai’e Pendakwah Lapangan
KLIK UNTUK INFAQ Pusat Dakwah Serantau adalah sebuah insitusi pendidikan agama yang satu-satunya mengfokuskan pengajian dalam bentuk Membangunkan Dai’e Pendakwah Lapangan yang terdiri dari kalangan Muallaf-muallaf daripada Sabah, Sarawak dan Rantau Asian. Pusat Pendidikan peringkat diploma ini telah dibangunkan oleh NGO Dakwah, Kebajikan dan Kemanusian Yayasan Amal Malaysia, diasaskan bagi tujuan memperkukuhkan lagi gerak kerja dakwah di lapangan dengan melahirkan lebih ramai kader dakwah yang mampu bergerak di medan, mereka dari kalangan masyarakat setempat yang terpilih dan akan kembali pulang berkhidmat  di tempat masing-masing. Menggunakan formula Al-Quran karim seperti firman Allah didalam Al-Quran karim yang berbunyi:-  فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ Mengapa tidak keluar sebahagian dari tiap-tiap suku kaum dan puak di antara mereka itu satu kumpulan untuk mempelajari secara mendalam ilmu ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya apabila kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). -Surah At-Taubah, Ayah 122
Perkembangan dakwah di lapangan kini sedang rancak bergerak hasil usaha para alumni PDS yang bertugas sebagai Dai’e Lapangan jumlah lebih 140 orang daie. Alhamdulillah sudah lebih 2000 orang Pengsilaman semenjak 2010.

daei PUSAT DAKWAH SERANTAU

KLIK UNTUK INFAQ

“Siapa yang menyediakan kemudahan kepada seorang Dai’e, bermakna dia juga telah menjadi seorang Dai’e.”

“Allah menganjurkan kita agar menjadi pendakwah. Orang yang sentiasa mengajak manusia kepada Allah akan Sentiasa dilimpahi Rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Secara kebetulan saya diamanahkan oleh Yayasan amal Malaysia Untuk menjadi pengerusi kepada majlis perundingan PDS (Pusat dakwah serantau yang Pertama), Yang kini beroperasi di Sungai Merab (Bangi Selangor), Amat memerlukan kepada sokongan moral dan material. Bagi membolehkan pusat dakwah ini berfungsi Dengan baiknya dengan jayanya, Dengan berkesannya. Saya merayu kepada semua Umat Islam yang dapat menyertai dan melihat rakaman ini, Untuk turut sama memberi sokongan” Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz Mantan Pengerusi Ahi Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau (PDS)

“ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini.”

Saya dah terlibat dengan Pusat Dakwah Serantau PDS dah lama dah, melatih daie-daie yang datang dari Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri serantau ini, dan Alhamdulillah daie-daie ini dilatih dan dihantar pulang selepas setahun atau setahun setengah, dan mereka balik ke kampung mereka di pendalaman Sabah dan Sarawak. Banyak usaha yang telah mereka gerakkan dan Alhamdulillah mengikut laporan lebih 2000 pengislaman telah mereka lakukan daripada awal sehingga ke hari ini. Jadi ini satu usaha yang sangat terancang dan sangat terbaik buat masa ini. jadi saya mohon kepada semua ummat islam di negara kita ini, marilah kita sama-sama bantu, sama-sama gerakkan dakwah, kalau kita tak dapat bagimasa bersama Pusat Dakwah Serantau PDS, Bagilah  apa yang kita mampu untuk menggerakkan kerja dakwah mereka. Sumbanglah kepada No Acc yang tertera dibawah. Sekian terima kasih.  Ustaz Fitri Abdullah Pengerusi PERKIM Selangor

“Menyumbang untuk kampung halaman yang sebenar.”

“Tiada nikmat yang lebih besar selainnikmat iman, dengan nikmat itu makan kita dapat  beramal. Jadi atas perkara ini tuan-tuan, adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekelian, ada satu maksud yang cukup besar yang ingin saya berkongsi dengan tuan dan puan sekalian iaitu, ayuh kita sama-sama menyumbang apa juga yang kita ada, bagi memajukan sebuah komplek Islam yang sedang dalam pebangunan di banting selangor yang dijangkakan menelanbelanja 30 juta dan  hari ini untuk peringkat awal bagi pembangunan foundation dan infrastructure yang basic, kita memerlukan lebih kurang 5 juta. jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk kita sama-sama tanam saham akhirat, untuk membina saham akhirat, tempat kampung halaman yang sebenarnya. jadi ayuh kita sama-sama menyumbang kearah pembangunan yang diusahakan oleh PDS, Pusat Dakwah Serantau.” Dato’ Dr Mazlan Bin Haji Ahmad Mantan Ketua Penyiasat Bank Negara

Kenangan Indah Para Pelajar

Alhamdulillah… Walupun segala kekurangan yang dilalui di PDS, Para Daie Pusat Dakwah Serantau terus gigih mendalami ilmu pengetahuan dan berusaha menjalankan Dakwah di lapangan.
58419485_1368662516592137_3123000665157140480_n
58382357_1368662779925444_4443014900297498624_n
58382072_1368662913258764_7758937099729895424_n
58380242_1368662626592126_8605454894410760192_n
58377348_1368662659925456_795748867470524416_n
57615000_1368662786592110_7852639323189936128_n
57716582_1368662459925476_4408177076234878976_n
58113427_1368662409925481_3655244033363542016_n
58376221_1368662859925436_6196468683670290432_n
58376903_1368662826592106_2319134137698484224_n
57612573_1368662429925479_7992125992514617344_n
57511726_1368662566592132_7384079539615301632_n
55698512_1328717793919943_4633535719652982784_n
55518365_1328717227253333_5257009214043193344_n
55597479_1328717030586686_6593209965446430720_n
More Sweets

alumni daei PUSAT DAKWAH SERANTAU

Infaq untuk kebajikan pusat dakwah serantau

KLIK UNTUK INFAQ

Jemput meLawat tapak kompleks pds

  • Kompleks Utama Pusat Dakwah Serantau (PDS), Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
  • amalmalaysia.pds@gmail.com
  • +603-3145 5640 (Office)
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]